Saturday, June 7, 2014

Majlis Anugerah Tahunan Kolej Ibu Zain ke 18 (MATK)

Assalammualaikum.

Hai hoi hai. Hiks. Post kali ni iolss nak bercerita tentang dinner kolej yang baru sahaja berlangsung pada 14 May yang lalu. Hemm semestinya dalam otak bergeliga korang sedang memikirkan apa tema dinner, baju apa yang di pakai, program apa dan apa apa lagi yang berkaitan. Kann? Tak nak ngaku lettew. Haha. Okay tema dinner kali ni ialah "Garden and Pastel". Haa amik kau. Tak ke pening nak cari dress dinner?

Nak dijadikan cerita, aku juga terlibat dalam program MATK ni. Sebab pe sebab kami budak #firstyear lol lol lol. Ohh tidak, tiada yang memaksa pun. Ini adalah kerelaan hati sendiri. Cewahh. Aku berada dalam exco pemasaran dimana perlu mencari dana dan juga potential sponsor untuk dinner. Part ni yang paling pening kepala. Haihhh. Tapiiii, kerjasama semua AJK MATK memang havoc. Semua sanggup bersusah payah mencari dana. Basuh kereta, cuci rumah, jualan makanan dan memacam lagi. Sebelum ni tak pernah pun terfikir nak buat macam tu. Zeriusly it happened this time. Dan aku sebagai seorang ahli pemasaran, mestilah bekerja lebih sikit. Akhirnya aku berjaya mendapatkan sponsor daripada abang angkat aku. Yeay. Kejayaan namanya itu. Terima kasih BNR Mampan Sdn Bhd yang sudi menjadi sebahagian penaja MATK kali ini. Jauh terbang dari Kedah baq hang.

MATK ke 18 ini diadakan di Dewan Tunku Abdul Razak iaitu DECTAR dan lebih meriah dengan kehadiran beberapa selebriti dan personaliti yang famous di Malaysia. Bangga kau! Ini menunjukkan kemampuan dan kejayaan pelajar dalam mengembangkan networking mereka dengan selebriti dan personaliti yang terkenal. Bagus gittew. 



Tadaaaa! Sesampai je ke DECTAR terus bergambar dengan retis taw. Walaupun memasing tak ikut tema. Tak sempat! Jadi laa, ada dusty pink sikit-sikit kat baju. Flower crown den tak sompek nak order koba ekau. Kalau korang selalu tengok TV3 rancangan Scoreboard, mesti kenal yang berbaju biru tu. Jyeahh! Itu lah Tabah Sazwan. Pengacara rancangan tu. Di sebelah dia pula ialah Suhaili iaitu wartawan dan jurugambar TV3. Memalu iolss bergambar dengan dorang taw. Hiks.

Ada berita yang menyedihkan di mana malam tu gambar aku adalah yang paling sedikit sekali, aku rasa la. Sebab aku berada dibelakang stage, membantu bahagian program handle majlis. Aku juga menjadi penyampai anugerah bagi "Most Famous Senior", "Most Sporting MEP" dan "Best Project of The Year". Gugup jugak bila sesekali naik stage. darah gemuruh tu memang tak dapat dipisahkan dengan aku. Pada malam itu juga, kami dihiburkan oleh artis tecik molek omey angat iaitu Daiyan Trisha. Teruja dapat bersama artis dibelakang pentas. Suara yang lunak lagi memukau memeriahkan lagi majlis pada malam itu. Ape? Nak tengok Daiyan? Tak leh. Haha.


Ni la Daiyan Trisha. Sedih sekali tak dapat selfie dengan dia. Sebab aku busy. Aku yang busy ehh? 

Yes, memang aku busy sehingga tamat program. Ohh, lupa nak cerita. Pada malam tu juga aku dinobatkan sebagai Olahragawati Kolej Ibu Zain. Satu anugerah yang pada aku amat sukar untuk diperoleh. Dari sekolah rendah sampai menengah, masuk diploma pun tak dapat-dapat. Betapa susahnya nak compete. Alhamdulillah, kali ini Allah berikan aku peluang itu. Sayangnya, gambar masa amik anugerah tu tak tahu ada pada siapa. -___-

Nak dijadikan cerita, selepas program tamat baru la aku dapat bergambar dengan kawan-kawan dan juga fefeeling sensorang. Hihihi.






Ni la antara gambar kenangan aku dan kengkawan. Omey kan? Hihihi.



Secara keseluruhannya, aku amatlah berpuas hati dan gembira kerana program gilang gemilang ni berjalan dengan lancar, dengan izinNya. Rasa tak sabar menanti dinner tahun hadapan. Ehh? Hee. :)




Monday, June 2, 2014

Apakah Superpowers Itu Seorang Emak?

Mama tengah masak semur. What in the world is semur omg, kalau sumur tahu lah, sebab bila ada dia kita boleh tumpang mandi dan berjumpa lagi.

Begitu tekun Mama masak semur, sambil diamati oleh Nanas (guna perkataan 'amati' supaya tampak critical walhal menenggek kat counter dapur tuh sambil makan keropok Cap Ikan Mas). Ku lihat, satu persatu dia campak rempah-ratus dari botol-botol kecil tersusun rapi tepi dinding yang tak pernah ku sentuh langsung (haram nak sentuh, asyik duk masak lauk minimalist macam paprik dan sambal sardin).

Aku terus jadi kucing. Sebab kucing adalah curious. Aku pergi ke arah Mama dekat dengan periuk *sambil buat muka kucing kunyah kopok ikang*, dan tengok rempah-ratus yang dia campak tadi. Wah banyaknya jenis, banyaknya bentuk-bentuk asing tak pernah ku lehat. Aku tunjuk satu-persatu Ma ni ape? Ma ni ape? Ma ni ape? Sambil ulang-alik ke sinki ke dapur ke sinki ke dapur, Mama jawab semua soalan kucing annoying nih. Tanpa mengeluh, apatah lagi menghalau "Eh tepilah Mama nak masak!"(never been uttered by Mama, ever) Mama melayan aku. Aku tersedar, wow dilayan macam anak kecil ler pulok aku nih. Sukanya! Macam iklan burung murai Petronas.

Sebelum Mama sempat masukkan rempah terakhir, Mama picit biji rempah tuh dan kata "Kakak nak bau yang ini?" "Mmmm bau dia macam benda terbakar" "Nama dia Black Cardamom" "Oh laah Digimon rupanya yang terbakar".



I love you, Mom.

Why Ladies Need To Be Very Afraid

Fuhhh dah makin menjadi-jadi kes orang hilang/orang nak kena culik/hampir dirogol/dirogol. Antara yang terbaru dan paling menonjol ialah berita pelajar tingkatan dua yang dirogol bergilir-gilir oleh 38 orang lelaki, sebab diceritakan sendiri oleh mangsa, jarang kita dapat insight from the survivor themselves. Ada lagi satu berita yang perempuan terlepas dari penculik, dan dalam van tersebut dia kata ada 4 lagi perempuan tengah menangis. Dia terdengar yang driver van tuh cakap nak jual wanita nih semua, oh.. my.. God.


Okay sekarang, kita letak polis, masyarakat, kerajaan, management carpark The Curve, NGO, rukun tetangga semua ke tepi dan pikir sendiri, macam mana diri ini nak sentiasa selamat? So ladies... My word of advice would be:


BE AFRAID. BE VERY AFRAID.

Kenapa? Kenapa kau suruh orang hidup dalam ketakutan wahai Nanas? Apakah yang cuba diketengahkan di sini?!! Baiklah, biar saya beri pencerahan kenapa saya suruh semua perempuan di Malaysia supaya takut/cuak/paranoid.

Bila kita takut, kita takkan berlagak terel. Takdelah berlagak yang wanita boleh buat semua benda seorang diri, kononnya Miss Independent. Jadi bila kita penakut, kita mesti sentiasa nak berteman. Bagus begitu.

Bila kita takut, kita jadi aware of surroundings. Dalam kepala otak sentiasa terngiang-ngang berita penculikan/perogolan. Setiap pelosok kita usha, terutama waktu nak masuk kereta / sebelum keluar kedai / sebelum lintas jalan. Paranoid lah katakan.

Bila kita takut, kita jadi gelabah. Bila gelabah, kita pun menjerit terpekik terlolong andai ada yang grab kita. Kajian yang dibuat oleh Must read: The Caring Project, perogol/penculik tak suka wanita yang menyusahkan/yang melawan balik/yang buat bising. Bagi diorang wanita macam nih akan makan banyak masa/tarik perhatian orang awam. Diorang cuma nak easy target (perempuan lembik). MAKA, JADILAH SI PARANOIA MENGGELABAH BINGIT DAN JANGAN JADI EASY TARGET. Bagi yang kuat melatah, sedarilah bahawa ia weapon anda rupanya.

Bila kita takut, kita akan bersangka buruk pada semua orang. Jadi bila kita nampak orang naik motor, kita kepit handbag kuat sikit. Bila kita nampak orang berkeliaran kat parking kereta kita, kita masuk balik mall, tunggu kawasan jadi selamat. Bila ada motor pura-pura accident tercedera, kita bersangka buruk, buka cermin tingkap sikit dan campak duit (kalau kesian) kemudian speed laju-lajuuuu cari balai polis. Ini sajalah masa untuk bersangka buruk kat orang.

Bila kita takut, kita sentiasa bersedia. Sebelum keluar rumah baca ayat Kursi. Sebelum mulakan perjalanan kunci pintu kereta. Sebelum sampai dekat parking kereta, kita dah genggam kunci kereta (bukan waktu sampai kat pintu kereta baru terhegeh-hegeh nak godek handbag black-hole hang tu). Selepas baca artikel ini terus beli pepper spray/pisau kecil/payung. (Oh kajian itu kata lagi, penculik tak suka perempuan bawa payung, sebab takut dipayungi (-_-).

Bila kita terlampau takut, kita tak kisah nak nampak hodoh dan bodoh. Kalau nampak van parked sebelah kereta kita (driver's seat punya side), silalah masuk ikut pintu passenger sebab terlalu bahaya kalau ditarik dari dalam van nak struggle apa pun dah tak sempat. Takpe nampak bodoh masuk dari pintu lain pastu tertonggeng-tonggeng dalam kereta, asalkan selamat. Pastu kalau terasa diekori, nak lari pecut ke apa silakan. Lebih baik malu seminit dari mati selamanya.

Dan bila kita takut, kita sentiasa beringat nak call emak/ayah/suami sebelum keluar rumah. Dapatkan restu dan inform destinasi tujuan. At least perjalanan diberkati dan juga, kalau apa jadi senang diorang ada info. Jangan lupa nak cakap kita sayang diorang. Takut itu panggilan terakhir kita :'(




Akhir kata, jom ramai-ramai jadi penakut. Dan belajar kickboxing.

Taat, Setia dan Patuh Pada Boyfriend


Taat Pada Boyfriend.

Perempuan selalu cinta dalam-dalam. Tak berpada-pada. Dia percaya  lelaki itulah yang dia bakal kahwini. Mungkin dia anggap, relationship itu sebagai satu test, adakah dia wifey material. Jadi dia kena tunjuk betapa wifey materialnya dia. Dengan taat pada boyfriend.

I’ve seen this a lot (ehem, girlfriends). And at one point in my life, I used to be that girl too.

“Weh jom keluar lepak jap. Lamanya tak jumpa!” “Jap aku tanya boyfriend aku”. Wow, sejak bila berdosa andai boyfriend tak redhakan pemergianmu untuk melepak bersama teman-teman? Bilakah tanggungjawab menjagamu beralih dari ibubapa ke boyfriend mu? LOL.

Bila liat nak solat, boyfriend call dan tanya dah solat belum? Wow terus laju capai telekung dan bersolat wow wow, cuba kalau Mama atau Daddy yang suruh pergi solat, tunggu lagi beberapa minit nak habis waktu baru bergegas.

Ibu bapa nasihat belajar rajin-rajin, oh it’s just another nasihat yang berulang sejak dari tahun satu lagi. Tapi bila boyfriend bagi kata-kata semangat nak exam, sayang jangan lupa baca Allahuma Yassir Wala Tuassir ya xoxo. The moment dapat anugerah dekan terus update status FB I can’t do it without you, you are my drive, my inspiration, my backbone. Wah tiba-tiba dia jadi tulang belakang kau, entah engkau tulang rusuk kiri dia ke idok, belum confirm lagi.

Bila pakwe ajak keluar weekend, terus OKAY! *sambil cancel semua plans lain*. Kalau family kata baiklah we’re having dinner this weekend, jawapannya “Tengoklah kalau I free”.

Kalau nak pergi clubbing, "weh nanti jangan tag gambar aku, nanti boyfriend aku nampak". Oops, taknak hancurkan hati boyfriend uols! Hati mak bapak camne? Oh lupa mak bapak takde Fesbuk. Sorry sorry, ini tak valid.

There’s a difference between being a good partner, and secara buta tuli taat. If he is a good partner to you, and you repay him with kindness as well, you’re a good partner. Kalau dia treat you macam bangang, tapi you still put him first, that’s… sorry to say, buta tuli taat.

Bila buta tuli taat, you lose your value and above all, you lose yourself. 

So ladies, don’t give your all just yet. Not until he sits on the cushion and the pakciks around him said “SAH”. Biarlah orang kata jual mahal, sebab benda mahal memang kita kena jual mahal okay belajarlah ekonomi/business.






Malay Baked Chili Cheese Fries

Wah? Nampak tak baru jer masak tadi terus hapdet sekarang jugak. Jum Kak Nananano ajar cara menternak lemak bertingkek-tingkek.

Sebelum mula dengan resepi, nak ucap thank you kepada my BFF Nia or like I always call her, Bedah, sebab temankan beli and ajar cara nak guna. Pastu sebagai makcik yang takutkan pada perubahan, I juga pinta Nia untuk install semua Microsoft Office sekali, LOL. 

Nanas Pahanas pun bolehlah fokus kepada kerja yang tak pernah dipandang remeh mahupun enteng, iaitu masak-memasak dan makan-memakan. Jadinya resepi untuk hari ini ialah Malay Baked Chili Cheese Fries. Hah dah kenapa ada Malay di hadapan nama resepi. Bukan sebab chef racism at its best, tapi sebab canned chili susah nak cari, jadi terpaksa guna blended cili kering yang dah dikisar sekali dengan sedikit belacan. Akhir rasa dia sangat masakan Melayu! Dap angat! Boleh cuba.


Blended cili kering plus belacan sebagai canned chili substitute.


Fries. Beli la kat Tesco ke, Giant ke. Mana kau suka.


Mozarella Cheese. I pilih this cheese sebab dia senang meleleh pastu memang sedap. Juga cepat menggemokkan seperti panda. Haihh.


Mula-mula sediakan 'fake canned chili' aka 'sambal tumis Melayu'. Blended cili and belacan tadi campur garam, ajinomoto and some cili sos. Make sure sampai pecah minyak and masak betul sebab kita bake dia dalam oven nanti tak begitu lama, so takut tak masak sangat pastu cherry berry tomorrow.


Sambil itu, tuang semua fries mentah dalam tray, dan lumur dengan (kita tak biasa pakai cooking spraykan) olive oil sajer. Untuk mitchy matchy rasa dia, sprinkle some oregano. Takde oregano pun takpe. Takde olive oil pun takpe. Gunalah butter ke apa pepandai situ.

Panaskan oven dengan suhu 180', pastu bila oven dah panas, bakar for like 20minutes (kot?, I am not good with precise timing, I always godek2 keluarkan tengok dah masak ke tak). Bakar jelah sampai rasa dah masak/rangup2 hujung fries tuh, LOL. 

Make sure pakai sarung tangan tebal masa nak keluarkan dari oven, jangan nak guna kain lap tipis bodoh jer pastu tumpah nasi telah menjadi bubur kat lantai dapur tuh. Tiba-tiba. Nampak sangat drama kat dapur tadi hahahaha rugi half of my fries sob.


Agak-agak fries dah masak, letak 'sambal tumis melayu' kat tengah, dan sprinkle mozarella cheese banyak-banyak. (Dalam gambar nih belum habis sprinkle dah tangkap gambar. Gelojoh nak berbelog. Terima kasih teknologi). Kemudian bake untuk lagi 15minutes? I don't know... you need to always peek and agak sendiri, sebab maybe our fries tak sama banyak or your oven tak setua bangka as my oven, or you masak takde drama2 fries bertaburan sampai you lose track of time. Jadi pandai2lah dengan timing masakan sendiri k.

Pastu siap! Wah? Senangnya. Macam tak deserve satu blog post jer resepi nih, tapi sebab ramai yang tanyakannn. Silalah nikmati Malay Baked Chili Cheese Fries. Jauh sekali rasanya dengan dekat Carls Jr. KAHKAHKAH.



Gittew. Is it good?



Well. Daddy said it's really sedap. But then he's my dad. Gemok (my bro) makan banyak (which dia jarang sekali), tapi Gemok memang a big fan of my cooking walau masak apa sekalipun. Mmmm my brother Hitam yang langsung tak expressive akan perasannya itu makan tambah 2kali, so... SEDAP LETTEW Khenn. Goodluck!


Resepi Nasi Ayam Panggang Vogeh de Vass

Hello! Hari ni Kak Nananano nak share resepi Sexy Ciken Vogeh de Vass. Hamboii tak menahan ayat.

Sexy Ciken adalah nama samaran ayam panggang yang biasa Mama masak untuk her famous Nasi Ayam. We love it so much, and siapa makan pun mesti suka sangat-sangat, so then I realised, it is one ayam panggang yang I really gotta learn macam mana nak buat. Bukan supaya bakal suami dan mertua sayang sahaja, malah diri sendiri pun akan sayang diri sendiri kalau tahu resepi ini *usap perut*.

Pastu pergi beli ayam, beli whole chicken, confident betul boleh masak sedap. Kehkehkeh. 

Untuk bahagian dalam ayam masak dengan lembut dan isinya tidak keras serta bertali-tali (I suka cakap isi ayam bertali-tali, paham tak, kalau makan KFC, bahagian yang kering-kering selalu isinya bertali-tali what the hell how do I describe it without sounding like a bimbo), kita kena rebus dulu. Air rebusan harus dibuat sedap supaya meresap dalam daging ayam maka bahan-bahan untuk air rebusan adalah hirisan:

1. Halia
2. Bawang putih
3. Bawang merah

Rebus selama setengah jam. Kuantiti bahan please agak-agak. Again, I tak suka sukatkan bahan. Sebab ayam anda dan ayam saya tidak sama, tiada ayam di dalam dunia ini yang betul-betul serupa, setiap ayam adalah unik dengan caranya tersendiri. Kepala hotak merapu.

Langkah kedua adalah untuk perap ayam dan gantung selama sejam (namun, wah ada namun, terdapat konflik plot di sini, nantikannya...). Bahan-bahan untuk memerap ayam ialah:

1. Sos tiram
2. Kicap cair
3. Kicap manis
4. Kicap soya
5. Minyak bijan
6. Madu
7. Kisaran halia, bawang putih, bawang merah.

Lumurkan bahan-bahan tadi terhadap ayam anda. Anggaplah ayam itu bayi dan bahan tadi adalah Johnson Baby Wash maka sila handle bayi anda dengan penuh kasih sayang dan jangan sampai terhantuk besen. Pastikan setiap inci dilumur rapi.


Selesai itu, sepatutnya gantung ayam selama sejam kan? This is where the 'namun' comes in. Namun, I got a call and terpaksa pergi meeting, so I terpaksa tinggalkan my bayi eh ayam sampai ke malam. Jadi ayam itu diperap semalaman, dalam mangkuk dan di tutup dengan plastik, tidak digantung. Terpaksa tunda ke esok cerita dia. 

Keesokkan harinya, barulah dapat panggang! Happy sangat sebab ingredients meresap baik, ayam pun dapat cukup rehat (tiba-tiba), pastu kita masukkan dalam oven dengan suhu 200 (make sure oven dah dipanaskan dulu beforehand) dan tunggu dia bertukar warna cokelat cokelat. Masa adalah berbeza antara ayam awak dan ayam saya ya (mine was about 1hour gak), memang kena mengadap ayam itu supaya tidak hangus. Yang penting, dalamnya telah masak jadi tak perlu risau.

Option lain adalah, anda boleh menggorengnya dalam kuali minyak panas. Buat deep fry instead of panggang. Mama biasa deep fry, I malas nak attend, I panggang saja. Up to you, dua-dua cara pun seriously sedap!







Hasilnya... 

Tett tenenet tenettttttt...


Heyyyyyy! Sexy baby! Opp Opp Opp Oppa Gangnam Style!


What I love about my Sexy Ciken ialah, luarnya rangup dan manis tapi dalamnya lembut dan empuk. Heaven in my mouth. Of course, I masak complete set Nasi Ayam siap dengan sos semua, tapi resepi nasi dan sos-sos itu semua terlalu simple. I am sure you can manage (ke tak boleh? alamak). Cubalah resepi ayam ini! Yums!!!



Achievement Unlocked: Mama makan bertambah. Woot!



Tips Penjagaan Rambut Untuk Kaum Adam

Ini bukan entri untuk lelaki metrosexual yang lebih pakar dalam bidang ini berbandingku, tapi ini tips simple untuk lelaki-lelaki biasa/tak kisah/selebet/cool/macho yang selalu terlepas pandang atau tak ambil berat tentang rambut dan kulit kepala pastu komplen asal diorang makin botak LOL.


Tips 1: JANGAN BIAR KULIT KEPALA BERMINYAK.
Ya, saya paham rambut awak pendek, jadi awak tak rasa rimas kalau tak basuh setiap hari atau selang sehari. Awak tak rasa rimas kalau 2-3-4-5 hari biar rambut tak bershampoo. Tapi... Mak dan makwe awak rimas. Sebab kulit kepala awak berminyak dan (maybe) busuk. Pastu kulit kepala berminyaklah senang gila rambut nak gugur. Minyak = lubricant. OMG common sense injected kan. Jadi shampoolah rambut anda selang sehari.


Tips 2: JANGAN SIKAT RAMBUT MASA BASAH.
Rambut dan kulit kepala jadi lembut dan fragile waktu basah. Waktu tuh jugalah awak nak sikat ya? Mmmph.


Tips 3: JANGAN IKAT RAMBUT MASA BASAH.
Ini untuk yang rambut panjang. Janganlah ikat rambut masa basah. First of all, rambut fragile ditarik-tarik. Secondly, rambut jadi kepam sebab belum kering sudah dikumpulkan bersama. Thirdly, bila kepam, dandruff pun berkepuk-kepuk, menutupi liang rambut, jadilah rambut gugur! Suka lettew botak.


Tips 4: JANGAN GUNA SHAMPOO PEREMPUAN
Ada sebab shampoo kita semua bergender. Shampoo perempuan untuk rambut perempuan yang lembut dan tak selalu letak gel/miyak/wax. Jadi rumusan dia pun lemah lembut hewhewhew. Bila awak pakai kat rambut awak yang penuh wax tuh, memanglah tak luntur waxnya. Jadi masih tinggal sisa-sisa wax yang boleh sumbat liang rambut awak. Malah, bila awak cuci tak cukup bersih, susah nak rapikan/stylekan rambut tuh the next day.


Tips 5: PAKAI TOPI HANYA DI LUAR BANGUNAN.
Saje je.


Baiklah itu saja tips yang boleh saya kongsi, tips 4 datang dari Sherry sebab boyfriend dia selalu buat LOL. Harap membantu sedikit sebanyak. 

Makan Toujours Skin Collagen Dust kalau agak-agak dah nampak tua. Emel : toujours . my @ gmail . com untuk keterangan lanjut. Lelaki pun boleh makanlah. Hohhhhh.