Monday, June 2, 2014

ORIGINAL vs FAKE ?

Assalamualaikum

Jikalau kiraan Mayan Calendar yang mengatakan dunia akan berakhir pada tahun 2012 adalah betul, maka tidak dapatlah anda membaca blog awesome ini pada tahun 2014. Wkwkwkwkwk. Sorry it was a silly joke.

Sempena tahun 2014 ni, aku nak ajar satu tips. Tips untuk membezakan perfume TIRUAN and ORIGINAL. Sebenarnya yang ajar aku ni ialah seorang promoter di kaunter perfume mana ntah. Lupa sudah sebab it was a long time ago. Terima kasih kepada insan tersebut kerana telah menyampaikan ilmu yang berguna. Thought that I'd share so you guys won't get cheated by any unauthorized perfume dealer in future. Mari bereksperimen bersama Nana nano nano nano nano =)

1. Ambil botol perfume
2. Terbalikkan botol itu (Turn the bottle upside down)
3. Goncang laju-laju (Shake it)
4. Nanti akan keluar buih (Bubble will appear)
5. Apabila buih sudah keluar, lihat pula masa yang diambil untuk buih tersebut hilang.

Hypothesis : Semakin cepat buih hilang daripada pandangan mata anda, semakin tiruan perfume itu.

Penjelasan : Buih cepat hilang kerana ratio kandungan solute dan solution di dalam perfume itu adalah sangat berbeda. Dalam erti kata lain, perfume itu banyak di campur air. Kerana itu, ia dipanggil tiruan kerana ia cair dan tidak tahan lama. Jikalau perfume original, buihnya mengambil masa yang agak lama untuk hilang kerana ratio kandungan solute dan solutionnya tidak jauh berbeda (pekat). 

Untuk melihat perbezaan yang ketara, sila bandingkan buih perfume RM35 dengan perfume RM260. Then you got what I mean. Selain itu, anda harus membandingkan perfume dengan perfume (EDP). Bukan perfume dengan Eau de Toilette (EDT) mahupun Body Mist. Ini kerana setiap satunya mempunyai concentration value yang berbeza.

There you go. Now go and get your mummy perfume and try this cool experiment ! Hehe.


Sumber gambar : Cik Google






No comments:

Post a Comment