Saturday, June 7, 2014

Majlis Anugerah Tahunan Kolej Ibu Zain ke 18 (MATK)

Assalammualaikum.

Hai hoi hai. Hiks. Post kali ni iolss nak bercerita tentang dinner kolej yang baru sahaja berlangsung pada 14 May yang lalu. Hemm semestinya dalam otak bergeliga korang sedang memikirkan apa tema dinner, baju apa yang di pakai, program apa dan apa apa lagi yang berkaitan. Kann? Tak nak ngaku lettew. Haha. Okay tema dinner kali ni ialah "Garden and Pastel". Haa amik kau. Tak ke pening nak cari dress dinner?

Nak dijadikan cerita, aku juga terlibat dalam program MATK ni. Sebab pe sebab kami budak #firstyear lol lol lol. Ohh tidak, tiada yang memaksa pun. Ini adalah kerelaan hati sendiri. Cewahh. Aku berada dalam exco pemasaran dimana perlu mencari dana dan juga potential sponsor untuk dinner. Part ni yang paling pening kepala. Haihhh. Tapiiii, kerjasama semua AJK MATK memang havoc. Semua sanggup bersusah payah mencari dana. Basuh kereta, cuci rumah, jualan makanan dan memacam lagi. Sebelum ni tak pernah pun terfikir nak buat macam tu. Zeriusly it happened this time. Dan aku sebagai seorang ahli pemasaran, mestilah bekerja lebih sikit. Akhirnya aku berjaya mendapatkan sponsor daripada abang angkat aku. Yeay. Kejayaan namanya itu. Terima kasih BNR Mampan Sdn Bhd yang sudi menjadi sebahagian penaja MATK kali ini. Jauh terbang dari Kedah baq hang.

MATK ke 18 ini diadakan di Dewan Tunku Abdul Razak iaitu DECTAR dan lebih meriah dengan kehadiran beberapa selebriti dan personaliti yang famous di Malaysia. Bangga kau! Ini menunjukkan kemampuan dan kejayaan pelajar dalam mengembangkan networking mereka dengan selebriti dan personaliti yang terkenal. Bagus gittew. 



Tadaaaa! Sesampai je ke DECTAR terus bergambar dengan retis taw. Walaupun memasing tak ikut tema. Tak sempat! Jadi laa, ada dusty pink sikit-sikit kat baju. Flower crown den tak sompek nak order koba ekau. Kalau korang selalu tengok TV3 rancangan Scoreboard, mesti kenal yang berbaju biru tu. Jyeahh! Itu lah Tabah Sazwan. Pengacara rancangan tu. Di sebelah dia pula ialah Suhaili iaitu wartawan dan jurugambar TV3. Memalu iolss bergambar dengan dorang taw. Hiks.

Ada berita yang menyedihkan di mana malam tu gambar aku adalah yang paling sedikit sekali, aku rasa la. Sebab aku berada dibelakang stage, membantu bahagian program handle majlis. Aku juga menjadi penyampai anugerah bagi "Most Famous Senior", "Most Sporting MEP" dan "Best Project of The Year". Gugup jugak bila sesekali naik stage. darah gemuruh tu memang tak dapat dipisahkan dengan aku. Pada malam itu juga, kami dihiburkan oleh artis tecik molek omey angat iaitu Daiyan Trisha. Teruja dapat bersama artis dibelakang pentas. Suara yang lunak lagi memukau memeriahkan lagi majlis pada malam itu. Ape? Nak tengok Daiyan? Tak leh. Haha.


Ni la Daiyan Trisha. Sedih sekali tak dapat selfie dengan dia. Sebab aku busy. Aku yang busy ehh? 

Yes, memang aku busy sehingga tamat program. Ohh, lupa nak cerita. Pada malam tu juga aku dinobatkan sebagai Olahragawati Kolej Ibu Zain. Satu anugerah yang pada aku amat sukar untuk diperoleh. Dari sekolah rendah sampai menengah, masuk diploma pun tak dapat-dapat. Betapa susahnya nak compete. Alhamdulillah, kali ini Allah berikan aku peluang itu. Sayangnya, gambar masa amik anugerah tu tak tahu ada pada siapa. -___-

Nak dijadikan cerita, selepas program tamat baru la aku dapat bergambar dengan kawan-kawan dan juga fefeeling sensorang. Hihihi.






Ni la antara gambar kenangan aku dan kengkawan. Omey kan? Hihihi.



Secara keseluruhannya, aku amatlah berpuas hati dan gembira kerana program gilang gemilang ni berjalan dengan lancar, dengan izinNya. Rasa tak sabar menanti dinner tahun hadapan. Ehh? Hee. :)




No comments:

Post a Comment