Monday, June 2, 2014

Malay Baked Chili Cheese Fries

Wah? Nampak tak baru jer masak tadi terus hapdet sekarang jugak. Jum Kak Nananano ajar cara menternak lemak bertingkek-tingkek.

Sebelum mula dengan resepi, nak ucap thank you kepada my BFF Nia or like I always call her, Bedah, sebab temankan beli and ajar cara nak guna. Pastu sebagai makcik yang takutkan pada perubahan, I juga pinta Nia untuk install semua Microsoft Office sekali, LOL. 

Nanas Pahanas pun bolehlah fokus kepada kerja yang tak pernah dipandang remeh mahupun enteng, iaitu masak-memasak dan makan-memakan. Jadinya resepi untuk hari ini ialah Malay Baked Chili Cheese Fries. Hah dah kenapa ada Malay di hadapan nama resepi. Bukan sebab chef racism at its best, tapi sebab canned chili susah nak cari, jadi terpaksa guna blended cili kering yang dah dikisar sekali dengan sedikit belacan. Akhir rasa dia sangat masakan Melayu! Dap angat! Boleh cuba.


Blended cili kering plus belacan sebagai canned chili substitute.


Fries. Beli la kat Tesco ke, Giant ke. Mana kau suka.


Mozarella Cheese. I pilih this cheese sebab dia senang meleleh pastu memang sedap. Juga cepat menggemokkan seperti panda. Haihh.


Mula-mula sediakan 'fake canned chili' aka 'sambal tumis Melayu'. Blended cili and belacan tadi campur garam, ajinomoto and some cili sos. Make sure sampai pecah minyak and masak betul sebab kita bake dia dalam oven nanti tak begitu lama, so takut tak masak sangat pastu cherry berry tomorrow.


Sambil itu, tuang semua fries mentah dalam tray, dan lumur dengan (kita tak biasa pakai cooking spraykan) olive oil sajer. Untuk mitchy matchy rasa dia, sprinkle some oregano. Takde oregano pun takpe. Takde olive oil pun takpe. Gunalah butter ke apa pepandai situ.

Panaskan oven dengan suhu 180', pastu bila oven dah panas, bakar for like 20minutes (kot?, I am not good with precise timing, I always godek2 keluarkan tengok dah masak ke tak). Bakar jelah sampai rasa dah masak/rangup2 hujung fries tuh, LOL. 

Make sure pakai sarung tangan tebal masa nak keluarkan dari oven, jangan nak guna kain lap tipis bodoh jer pastu tumpah nasi telah menjadi bubur kat lantai dapur tuh. Tiba-tiba. Nampak sangat drama kat dapur tadi hahahaha rugi half of my fries sob.


Agak-agak fries dah masak, letak 'sambal tumis melayu' kat tengah, dan sprinkle mozarella cheese banyak-banyak. (Dalam gambar nih belum habis sprinkle dah tangkap gambar. Gelojoh nak berbelog. Terima kasih teknologi). Kemudian bake untuk lagi 15minutes? I don't know... you need to always peek and agak sendiri, sebab maybe our fries tak sama banyak or your oven tak setua bangka as my oven, or you masak takde drama2 fries bertaburan sampai you lose track of time. Jadi pandai2lah dengan timing masakan sendiri k.

Pastu siap! Wah? Senangnya. Macam tak deserve satu blog post jer resepi nih, tapi sebab ramai yang tanyakannn. Silalah nikmati Malay Baked Chili Cheese Fries. Jauh sekali rasanya dengan dekat Carls Jr. KAHKAHKAH.



Gittew. Is it good?



Well. Daddy said it's really sedap. But then he's my dad. Gemok (my bro) makan banyak (which dia jarang sekali), tapi Gemok memang a big fan of my cooking walau masak apa sekalipun. Mmmm my brother Hitam yang langsung tak expressive akan perasannya itu makan tambah 2kali, so... SEDAP LETTEW Khenn. Goodluck!


No comments:

Post a Comment